Friday, October 29, 2010

SALAM TERAKHIR

Di sini aku berdiri , termenung jauh dari jendela ini. Apa yang terbayang dalam mindaku, semuanya indah-indah belaka. Saat aku bersama keluarga, saat aku bersama kawan-kawan sejati, Mastura, Hajar, Bob dan Atie. Senyuman mereka semuanya masih jelas dalam fikiran ini. Aku tersenyum sendiri. Kenangan manis yang masih segar dalam mindaku. Entah mengapa senyumanku terhenti, hilang entah ke mana. Perasaan sayu menyelubungi hati ini apabila tersedar dari khayalan.


“Adik menghidap barah otak.adik banyak-banyaklah bersabar.” Ayat ini masih terngiang-ngiang dalam teligaku. Amat menyayat hati. Air mata mengalir bercucuran di pipi. Aku memandang ke katil, di sinikah aku akan menghembuskan nafas terakhir? Tidak!!! Aku ingin pergi dari sini…..tempat yang menyeksa diri ini. Aku hanya terlantar di sini bagaikan orang yang tidak bermaya menghadapi dugaan hidup…..bagaikan orang yang telah menyerah kalah dalam pertempuran.


“Tidak!!! Aku bukan seorang yang lemah! Aku boleh melawan penyakit ini.”, jerit hati tabah ini. Tapi entah mengapa air mata ini semakin deras mengalir. Mungkin ini hanya kata-kata hatiku. Aku terdengar pintu bilik dibuka. Aku mengesat air mata. Aku berpaling untuk melihat siapakah yang datang. Rupa-rupanya kawan-kawanku telah datang membawa makanan.


“Hey, Aizat…..kami dah beli makanan ini. Makanan kegemaran Aizat tau….”, kata Atie. Aku hanya tersenyum.


“Aizat, apa hal ini? Aizat menangis lagi?”, tanya Mastura.


“Eh….tak de lah. Jomlah kita makan. Aku dah lapar ini.” , kataku menukar topik perbualan kami. Dan kami menjamu selera bersama. Aku menikmati laksa yang dibeli kawan-kawanku. Hati ini bertanya, adakah ini kali terakhir aku menikmati makanan kegemaran bersama-sama dengan kawan-kawanku.


“Ah! Hentikan lamunan ini.”, jerit hati ini. Aku ingin pergi dari sini. Aku ingin pulang ke rumah. Seandainya benar aku akan meninggal dunia beberapa bulan lagi, aku ingin menghabiskan hari-hari yang tinggal ini bersama orang-orang yang kusayang. Aku ingin hari-hari ini menjadi memori terindah buat orang-orang yang kusayang. Aku ingin sentiasa berada dekat dengan mereka sekiranya aku pergi kelak.


“Emm….kamu setuju tak kalau saya ingin pulang ke rumah. Saya ingin melihat keindahan dunia ini…..sebelum masanya tiba kelak. Nanti tak sempat pula.”, kataku.


“Aizat….saya tidak setuju dengan cadangan awak. Saya faham keinginan awak, tapi wak haruslah menerima rawatan di sini agar awak cepat sembuh dan setelah awak sembuh, bolehlah kita keluar bersiar-siar nanti.”, nasihat Hajar.


“Betul tu, Aizat.”, sambung Atie.


“Aku tidak ingin menghembuskan nafas yang terakhir di sini di katil ini. Tidak!!! Aku ingin bersama kamu dalam masa yang tinggal ini. Aku ingin bersama keluargaku. Lagipun, tiada lagi yang dapat dilakukan untuk selamatkanku. Aku harus menerima kenyataan ini bahawa aku akan meninggal dunia tidak lama lagi. Lagipun, kalau aku terus berada di sini. Ini hanya akan menyeksa diri ini. Please….. fahamilah diriku.”, jelasku sambil menangis. Mereka pun datang untuk menenangkan aku.


“Baiklah. Kalau itu yang Aizat mahukan, aku akan berbincang dengan doktor.”, kata Mastura.

“Kami akan pastikan Aizat dapat keluar dari sini.”, kata Bob. Aku gembira akhirnya mereka faham keinginanku. Aku memeluk mereka tanda terima kasih. Aku berharap agar harapan ini akan tercapai secepat mungkin. Aku tidak sabar untuk keluar dan menikmati keindahan dunia ini. Aku ingin menikmati keindahan dunia ini sepuas-puasnya sebelum aku peri ke dunia lain. Satu dunia yang akan ku pergi setelah aku pejamkan mata untuk selama-lamanya. Pada keesokan harinya, setelah aku membuka mata, aku bersyukur kepada Tuhan kerana masih membenarkan aku bernafas hari ini. Tetapi dalam kesyukuran ini, resah tetap melanda. Aku berasa resah memikirkan bilakah aku akan keluar dari sini.


“Huh!”, keluh hati ini. Tiba-tiba khayalanku terhenti apabila aku didatangi oleh seorang doktor, ibu bapa dan kawan-kawan.


“Aa….Aizat. Saya ada satu berita baik untuk awak. Saya telah mendengar rayuan kawan-kawan awak. Saya mengerti apa keinginan awak. Saya hormati keinginan awak itu. Saya membenarkan awak keluar dari sini. Awak bolehlah berehat di rumah. Saya tahu awak pasti merindui suasana di rumah kan? Awak boleh keluar hari ini. Awak kemaslah barang-barang. Saya ingin nasihatkan awak, tenangkan fikiran awak apabila berada di rumah nanti.”, kata doktor itu.


Aku berasa amat gembira. Inilah saat yang aku nantikan. Kini harapanku telah tercapai. Aku lalu mengemaskan barang-barangku. Setelah aku bersedia, aku menaiki kereta ayah lalu berangkat pulang. Kawan-kawanku pula menaiki kereta ayah Mastura dan mengekori dari belakang. Dalam kereta, banyak yang aku bualkan dengan ibu bapaku. Aku merindui suasana begini. Tanpa disedari, kami telah sampai di rumah. Tidak dapat dijelaskan betapa rindunya hati ini apabila aku melihat bilikku. Aku dapat merasakan semua benda dalam bilik itu tersenyum melihat aku pulang. Aku mencapai gitarku. Aku lapkan gitarku dengan tapak tangan kerana diliputi habuk. Agak lama aku tidak bermain gitar. Selepas itu, aku pun baring di katilku. Ahhh…….selesanya!


“Aa….Aizat. Daddy nak beritahu. Kawan-kawan Aizat akan tidur di sini sehingga cuti ini tamat. Daddy dah berbincang dengan ibu bapa mereka. Mereka benarkan kawan kamu tidur di sini.”, kata ayah. Aku berasa amat gembira kerana ibu dan ayah begitu memahami diriku. Tambahan pula, semua keinginanku tercapai hari ini. Sekarang aku sudah berada di rumah dan kawan-kawan ada di sisiku.


“Hey! Kamu pergi bersihkan diri dululah…… Sekarang dah pukul sembilan malam. Esok saya rasa nak pergi kompleks membeli-belah. Saya nak beli sesuatu. Kamu ikut sekali, ya?”, kataku.


“Baiklah. Kamu pun suada agak lama tidak keluar. Sekali-sekala keluar, apa salahnya.”, gurau Bob. Kami tersenyum mendengar gurauan Bob itu.


Pada malam itu, aku mainkan gitar untuk mereka. Mereka semua ketawa dan berhibur. Alangkah indahnya suasana begini. Kami juga banyak berbual tentang apa yang berlaku semasa aku terlantar di hospital.


“Eh! Dah pukul dua belas tengah malamlah. Jom kita tidur. Dah lewat ini. Esok kena bangun awal.”, kataku.


Aku berasa amat tenang ketika memejamkan mata. Perasaan resah tidak lagi menyelubungi jiwaku. Ketika aku masih berada di hospital, tiap-tiap malam aku sukar untuk memejamkan mata. Aku berasa tidak tenteram. Pelbagai persoalan timbul dalam fikiranku. Tiap hari ini, semuanya tidak wujud lagi. Inilah malam pertamaku berasa setenang ini. Pada keesokan harinya, apabila aku membuka mata, aku terdengar bunyi burung-burung berkicauan. Alangkah indahnya alam semester ini. Hari ini adalah hari pertama bulan September bermakna hanya tinggal sebulan lagi untuk aku hidup. Aku akan meninggal dunia tidak lama lagi. Aku hanya mengira detik yang berlalu. Masa berlalu dengan pantas sekali. Mengapa hanya membenarkan aku hidup selama empat tahun sembilan bulan sahaja. Zaman remajaku belum berakhir lagi. Aku masih mengecapi impian-impianku. Aku masih lagi ingin menikmati dunia ini. Aku juga masih ingin bersama kawan-kawan sejati membina segala impian dan cita-cita kami. Tiba-tiba, khayalanku terhenti, hilang entah di mana.


“Kamu semuaaaaa……bangunnnn…..cepat mandi.”, kataku.


“Laaaa….yang kau kejutkan kami awal pagi ini apa hal? Laaa….ngantuklah.”, kata Atie lemah.


“Eh! Kan kita nak pergi kompleks membeli-belah?”, jawabku. Semua berebut hendak mandi dulu. Aku tersenyum sendiri. Aku pun pergi bersiap. Aku terkenangkan semasa aku berada di hospital, pakaianku hanya berwarna putih. Sekarang aku boleh memakai baju yang aku gemari. Seperti biasa, aku hanya akan memakai baju T-shirt dan seluar pendek sahaja. Biarlah sederhana sahaja. Tidak lama kemudian, mereka sudah bersiap. Semuanya Nampak cantik dan tampan.


“Wow!!!! Bersemangatnya kamu ni.”, sindirku.


“Aii….biasalah.”, jawab Bob selamba. Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat karenah kawan-kawanku. Selepas semuanya siap, kami keluar dan bersarapan bersama ibu dan ayah. Sambil itu, kami berbual mesra dan ayah bertanya sesuatu kepada kami.


“Emm….apa kata kita pergi bersantai di pantai dan kita akan tidur di chalet. Lepas kamu semua membeli-belah, kamu semua rehat sekejap dan kita akan berangkat. Setuju tak?”, kata ayah.


“Tentang duit, kamu semua jangan risau.”, sambung ayah lagi.


“Eeee….elaoklah tu.”, kataku.


“Kami pun tak ada masalah.”, kata Hajar.


“Okay kalau macam tu. Baguslah. Lepas ni, kita semua pergi ke kompleks membeli-belah beli barang-barang yang kita perlu semasa berkelah nanti.”, kata ayah.


Aku amat genbira. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ini. Hanya Tuhan yang mengerti. Semasa berada di kompleks membeli-belah, aku terus pergi ke kedai yang menjual rantai. Aku ingin membeli rantai untuk Hajar kerana bulan depan adalah hari lahirnya. Aku membelinya sekarang kerana takut nanti tidak sempat pula. Setelah lama memilih, akhirnya aku beli rantai tersebut dengan harga tiga pulh ringgit Malaysia. Sememangnya, bagi seorang pelajar seperti aku, tiga puluh ringgit Malaysia adalh sangat mahal. Tapi tidak mengapalah. Hanya sekali seumur hidup. Lagipun, buat apa hendak berjimat sekarang, sedangkan aku akan pergi tidak lama lagi. Aku juga telah membeli sekeping kad khas untuk Hajar. Itu sajalah tujuanku ke sini. Kami berlima telah bergembira hari ini. Sudah dua jam berlalu, kami pulang ke rumah dan semuanya sibuk mengemas barang-barang kerana kami akan pergi bersantai. Alangkah gembiranya hati ini. Walaupun, badan berasa lemah dan tidak bermaya, tapi aku berasa amat gembira. Semasa kami berada di destinasi, kami semua berasa amat gembira tanpa menghiraukan perkara-perkara yang bakal terjadi.


Masa berlalu amat pantas. Banyak perkara yang berlalu dalam masa yang singkat ini, tanpa aku sedari hari ini sudah genap tiga bulan aku menanggung derita ini. Badan aku sudah tidak bermaya lagi. Aku berasa amat lemah. Aku semakin tenat dari sehari ke sehari. Tapi aku tabahkan hati hati ini. Walaupun semuanya telah jelas bahawa aku bakal meninggalkan keluarga, kawan-kawan sejati dan dunia ini. Tapi aku amat bersyukur kerana hari ini aku masih bernafas dan sempat menyambut hari lahir Hajar. Hadiah yang aku beli dulu masih tersimpan rapi dalam laci. Dalam bungkusan itu, terdapat sekeping kertas yang terselit hasil karya sendiri. “Selamat Tinggal’


Pertemuan dan perpisahan selalu terjadi,

Ada yang datang dan ada yang pergi,

Ada kalanya kita gembira dan ada kalanya

Kita menitiskan air mata,

Namun apa sekalipun yang terjadi,

Kita harus meneruskan kehidupan ini,

Selamat tinggal……

Satu ungkapan yang sukar diucapakan,

Tapi kuharus ucapkan bila

Masanya tiba nanti.

Kepada teman-temanku yang tersayang,

Kamulah sinar yang menyinarkan hidup ini,

Dan percayalah sinar tidak akan

Pudar walau ada sekalipun yang

Akan terjadi.

Saat ini…..

Ku dapat rasakan bahawa

Masaku hampir tiba,

Kita harus menghadapi perpisahan ini,

Walaupun amat sukar untuk kita hadapinya.

Satu permintaanku sebelum pergi……..

Usah tangisi pemergianku.

Akhir sekali…….

Sambutlah salam terakhir dariku…..

Salam sayang yang teristimewa buat kalian……..

Dan sekarang tiba masanya untuk

Ku ucapakan selamat tinggal……..

Selamat tinggal temanku………..


Tanpa aku sedari, air mata mengalir di pipiku. Tiba-tiba, pintu bilikku dibuka. Kawan-kawanku datang. Aku kesatkan air mata lalu mengambil bungkusan tadi dan kuserahkan kepada Hajar.


“Selamat hari lahir, Hajar. Semoga kau sentiasa gembira dan aku bersyukur kerana masih sempat mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada kamu.”, kataku lemah.


Kami saling berpelukan. Tiba-tiba, nafasku tersekat-sekat. Aku segera menyuruh Bob memanggil ibu bapaku ke sini. Aku tahu masanya hampir tiba. Tidak lama kemudian, ibu bapaku sudah berada di sisi.


“Daddy……..mummy……..Aizat sayang daddy….mummy…… Terima kasih untuk segala-galanya yang daddy dan mummy korbankan. Aizat pergi dulu ya… Usahlah menangis….”, kataku lemah.


“Aizat…..awak tidak boleh pergi meninggalkan kami. Tidak!!!!!! Kami masih memerlukan kamu.”, kata Hajar.


“Aku tidak pergi ke mana-mana. Aku sentiasa ada di sini, dalam hati kamu. Seperti mana kamu selalu berada dalam hati ini. Ingatlah aku sentiasa menyayangi kamu. Boleh tak aku pegang tangan kamu buat kali terakhir.”, kataku lemah. Semua orang tidak dapat menahan sebak. Semuanya menangis.


“Emm…..kawan-kawanku. Inilah saat terakhir kita bersama. Aku akan pergi…..berhentilah menangis. Bila ku pergi nanti, capailah impian kita ya…..”, kataku sambil air mata mengalir di pipi.


“Daddy……mummy…...dan kawan-kawan…….selamat tinggal……… Aku akan sentiasa menyayangi kamu…..”, kataku lemah. Lalu mataku terpejam dan semuanya menjadi gelap gelita. Tanganku terlepas dari genggaman mereka. Aku masih sempat mendengar nama dipanggil…….”Aaaiiizattttttttt”


No comments:

Post a Comment